Friday 22 July 2011

Merintis Mencari RedhaMu Ya Allah







jika mereka sibuk mencari cinta ,biarlah kita sibuk mncari iman...jika mereka sibuk mencari psangan,biar kita sibuk mencari keredhaan....jika mereka menagis kerana bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa semalam...jika mereka cintakan kemanusian,biarlah kita cintakan ALLAh

Tip2 Tampilkan Keyakinan Diri


SESUNGGUHNYA SEGALA PERKARA BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH...


alt
Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.
Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;.  ]
    1)Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada   yang kurang dan tiada juga yang  lebihnya.
.
2)Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
.
3)Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
.
4)Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
.
5)Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
.
6)Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
.
7)Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
.
8)Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
.
9)Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
.
10)Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu       emas! Setiap waktu berharga.

pautan kasih



Diceritakan oleh seorg sahabat ak dahulu...tntng percintaannye dgn kekasihnya,...kesiang sungguh...ade kekasih tp dh bertunang atas kehendak mak ayah...maaf la, coretan sy ni x ikot tatabahasa...berbalik pd cerita td....ye lah..org yg di idamkan dh bertunang kn,bayngkan lah prasaanye....tp dye ckp,ak x kisah pon,tp d mulut,,dlm hati,tuhan je thu...dh x de jodoh kot...kwn ak bername Ali (bkn nme sbnr) ...ali selalu tnya pendpt ak, berdosa kah klau ak masih berhubung dgn dye,...sdangkn dye dh ade tunang???.....ak jwb entah..tnye lah ustaz....bg korang la kn...elok x???.....herm...byk pendapat kn...tp mcm mne dgn mak ayah...!! berdosa x???....yg tu hanya Allah yg thu kn,....


Bulan berganti bulan....mcm2 cerita la diceritakan mngenai perasaannya pada aku,tp entah la...xthu mcm mne nk jwb...last2 dye bgtau ak bhwe makwe dye tu tgh kumpul duit nk lari..nk lari jauh ktenya,,sbb xnk kwin.....menggelabah dye....ape x nye...org tersyg ktekn nk lari.....bimbang abih dye....




sampai ctu je citenye....


oke lah...bg pendapat PEJUANG semua....mcm mne komen dan nasihat korg kalau dlm situasi begni????

CinTa itu Indah




                              
                                   CINTA ANUGERAH ALLAH

alt
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Hidup Sekadar Sementara

Alhamdullah..puji2an pada Allah yg Maha segala2nya., Sesungguhnya aku Hidup kerana Mu Allah..
        
~ SETITIK TINTA BUAT SAHABAT~

             Wahai teman2ku sekalian...sekali lagi aku cuba created stu blog lg bg perkongsian idea dan cadanggan bersama....Insyalah, kita akan berkongsi bersama idea2 yg bernas dan pawer yg datang dri pemikiran kita semua.....sesungguhnya kita dikurniakan Akal yg amat hebat oleh Allah kepada kita semua yg diberi tanggungjwb dlm mentadbir dunia Sebagai KHALIFAH...

           Sebenarnya, aku pon sedang belajar ilmu blog nih...mne la thu bleh dimamfaatkn bersama...

sebelom tu....mari la kita sama2 buang perasaan sombong dlm hati kte...yg sentiasa tidak puas hati dan sebagaiya....atau dinamakn penyakit""ain"" ....dlm hujah yg kita sme2 sampaikn mest lah ade prasaan hormat dan timbang rasa antara stu sme lain dan tidak tkot menyatakan kebenaran.. isnyalah